Jana Dollar Dengan Berkebun Dapur - Hobi Dan Menjadi Sumber Pendapatan Sampingan

Hobi Kebun Dapur Menjadi Sumber Pendapatan Sampingan - Ada ruangan halaman di kediaman adalah satu bonus kepada saya untuk memulakan aktiviti sihat projek kebun dapur. Sememangnya inilah tujuan utama saya berpindah dari rumah tingkat tinggi ke rumah bertanah.

Kebun Dapur menjadi impian saya.


Kebun dapur saya mulakan dengan minat yang sangat mendalam bercucuk tanam. Mungkin ianya sudah menjadi asam garam dalam diri saya kerana sejak anak kecil lagi sudah didedahkan dengan lumpur dan semak samun di kebun.

Seiring dengan perkembangan dunia serba canggih ini sangat mudah untuk mendapatkan idea berkebun selain cara atau teknik menanam, ada banyak perkongsian di dunia maya yang lain seperti menyusun atur kebun, info menarik mengenai tumbuhan serta boleh berkongsi idea dan pengalaman masing-masing di sosial media.

Daripada hobi berkebun dapur secara tidak langsung menjadi punca kepada sumber makanan di dapur rumah saya. Selain itu, kandungan-kandungan video, gambar boleh direkodkan dan dikongsikan ke media sosial.

Daripada perkongsian ini tercetuslah peluang lain dalam menjana pendapatan sampingan daripada FB Pro Facebook, Tiktok Affiliate, Shopee Affiliate dan Shopee Video serta Youtube.

Dari satu video dimuatnaik ke semua platform di atas, semakin cerah peluang untuk menambah pendapatan sampingan.

Dari situlah juga, pendapatan ini memberi peluang kepada saya membeli kelengkapan berkebun selain mendapatkannya secara percuma daripada sampel yang diberikan oleh pembekal/penjual.

Daripada berkebun dapur, hasilnya dimakan sendiri dan video dikongsikan dengan netizen.

Berkebun tak 'menjual sayur' pun, tetapi tetap ada hasilnya.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama